Tentang Mila

My photo
Malaysia
everyday ..is a new life 4 everybody ,remember tomorrow n never 4get to pray to Allah so that tomorrow will be better than today ..be a good person ..is not an easy job to do..but in order to make myself proud..i have to..insyallah..

Wednesday, March 21, 2012

tips-tips interview scholar

Alhamdulillah ,

diberi kesempatan untuk berkongsi lagi , alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi kerana diberi kudrat dan kekuatan untuk memberi sedikit perkongsian pada adek2 yg baru mengambil result sebenarnya..  almaklumlah , keputusan SPM kan baru keluar... masih panas lagi,tergerak hati untuk memberi sedikit ilmu , supaya boleh dijadikan amalan dan perhitungan di akhirat kelak , adanya ilmu itu untuk dikongsi dan bukan untuk sendirian Berhad ye.. Walaupun baru selesai mengharungi kuiz Bio sebentar tadi , sy kuatkan semangat jugak untuk menulis biarpun rasanya entry kali ini sgt panjang , kerana terlalu bnyk yg ingin sy kongsi ..dn masih banyk lagi assignments yg menjerit2 minta untuk disiapkan, bukan untuk bermegaah , tp Alhamdulillah dgn rezeki dr Allah ,berkat doa ibubapa, sy adalah pemegang biasiswa JPA dalam negara, atau nama famous nya PIDN.. kalu slh betulkn eyh .. almaklumlah .. dh lama tak mendengar.. okey.. panjang pualak celoteh .. maaf.. ^^

apa yg perlu dibuat selepas result keluar?:
  1. first , baca blog saya!.. kalu berminat , jd followers skali ehh .. (promote)
  2. Pastikan dah amek slip SPM, cz ada je yg tak amek slip SPM, (bg yg tak habis byr yuran skolah hehe)
  3. Now,TEMPOH KRITIKAL seminggu selepas result keluar, masa2 yg perlu anda isi dengan mencari senbanyak mungkin biasiswa, dan mengisi sebanyak mungkin biasiswa antaranya:
  • MARA
  • JPA  http://esilav2.jpa.gov.my/
  • axianta
  • yayasan
  • Bank Negara
  • Khazanah
  • Cococrunch (pun ada, ni betol2 ehh,, tak tipu)
bab2 u.p.u ana tak buleh tolong lahh , tu memang pilihan sendiri , yg penting pilih dgn berhemah , jgn sat lg menyesal sudah.. tau, PILIH BERDASARKAN KEINGINAN ANDA, solat istikharah jugak 

Disebabkan , sy pemegang biasiswa Jpa, so nk kongsi lahh tips2 masa interview hari tu , bg yg tak mohon Jpa, ataupun yg dapat tawan biasiswa lain pun boleh baca entry ni , cz tips2 interview ni lebih kurang je.. 

Perkara yang perlu dilakukan sebelum interview:
  1. fotostat: semua sijil2 form 4 form 5, susun mengikut turutan menurun , maksudnya dr yg latest ke yg evergreen..ehehe.Kalau boleh buat pemisah antara form 4 dgn form 5 punya sijil.Kata org lebih afdhal .^^. Jangan lupa, fotostat salinan SPM, IC, sijil lahir, penyata gaji parents,Result pointer form4  n form 5 , (bg sekolah yg guna sistem pointer la yg tak de, tak pe, tak jatuh dosa, jgn risau ^_~)
  2. Buat resume, jgn anggap buat resume adalah benda yg leceh ehh , ni yg penting,letak maklumat semua pasal diri anda, involvement anda, n buat sedikit essay pasal yourself at the last page of the resume.Briefly explain , about yourself and what good about you , promote diri ciket...
  3. Now terus kepada tips2 semasa nk pegi interview:

  • first thing first, PEMAKAIAN.Kalau tanya mana2 orang pun , dia akan ckap pemakaian tu penting, cz physical appearance is what people see,  the interviewers don't know who u are ?the first thing that they judge u is your dressing. they look the way u dress n from there la , dy judge u ni mcm ni , ohh u ni mcm tu ..

Bg wanita: pakaian yg sopan , baju kurung , blouse , kemeja
  • not too colorful 
  • not too striking( dun overdress lah , yg penting)
  • makeup (bg yg nk) just ala kadar .. jgn tebal sgt, nnty interviewr tak fokus ngn apa yg awak cuba sampaikan , dye dok asyik tgok muka awak je,, tu dh menjurus kepada zina mata..aish , tak berkat
  • Bg muslimah , jaga aurat anda, nk redha Ilahi tak?. 
  • .Berkasut tutup, no sandals n no slipper of course 

Bg lelaki :
  •  Berkemeja kemas,
  •  berkasut tutup,
  •  kalau boleh kasut kulit,
  • Rambut kemas, tak perlu nk cacak tinggi sgt , ala kadr cukup..bersederhana itu lebih baik ,islam tak suka berlebih lebihan .. 
Next , Fail anda, pastikan lengkap dan kemas 

Then , kena bersedia mental n physical , u have to make preparation on what are the questions that they might ask , but it still depends on what course u  chose and what scholar that u manage to get.

Kalau JPA: search background pasal Jpa, if u get MARA then make a research on it, Khazanah pun sama.
if u choose to enter medical faculty , then u must decide u nk master in apa? Cardilogy , pathology gynecology,and byk lg lahh .
Next, decide  nk futher kt mana? overseas, in the seas or across the seas.. heheh..so make a research on it jugak , why did u choose that country ?which  university ? state the reason for every single choice that u choose.Tak luak masa kalu buat research pasal benda2 ni , sebab ni ilmu , dan hukum menuntut ilmu itu wajib, buat ikhlas kerana Allah , dpt pahala lebih ..

Bersedia dgn solalan KBKK.Ala, msti dh biasa buat dlm BM kan ,^^ For eg: based on my experience, dy bg situasi , cnth ada kemalangan, apa yg anda akan lakukan , sekiranya anda seorang doktor.N satu lagi soalan dye yg sy masih ingt lagi ,kalau anda melanjutkan pelajaran ke overseas, n pada masa itu anda memegang biasiswa JPA, n pada masa itu hari jumaat, anda sebagai muslim, dan pada masa tersbut anda seharusnya menunaikan solat jumaat , tp ada exam yg perlu anda hadiri pada masa yg sama.Nk dijaadikan cerita (ni perkataan sendiri takde dlm soalan ), kalu tak hadir exam tu , anda dikira gagal seluruh semester.Apa yg akan anda lakukan?

Then kena bersedia denga current issues , apa issue yg hot di MALAYSIA sekarang n if u want to futher kt overseas kena tahu issue kt oversea jugak ciket2...

Bg yg nk amek engineering, mcm one of my friend penah share, dy suruh buat bangunan or jambatan (either one, tak ingat sgt) ,n dy bagi spageti mentah, so buatlah guna spageti tu.. hmmm itu KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS!mana tahu taun ni dy suruh buat roket air ke?.. who knows.. 

Next , confidence level kena tinggi! Fully english , tak kesah , grammr lintang pukang, tp asalkan confident and interviewer paham apa yg kita cuba sampaikan , tp sebolehnya try to speak fluently , n dgn grammr yg okay la.. minggu2 sebelum  nk g interview to practice siap2.. 

Jgn takut dgn calon lain , they are human as well , tp jgn confident sampai cantas point orang lain , biar kita confident dgn berhemah .Kalau anda overexited kang jadi center of attraction pulak ,banyak pulak soalan cepu mas dye tnya.

lebih afdhal sekiranya anda boleh membantu rakan anda untuk turut serta dlm sesi perbincangan,
contoh:"what do you think miss  syarifah?" (bukan nama sebenar).. nk selit siket  , keturunan syarifah, syed kena hormat tau  ,tu keturunan Rasullullah s.a.w tak  kesah perangai mcm mana pun , tu urusan depa ngn Allah, yg penting kita hormat , cinta rasullullah tak? .. haa, kena hormat) ni sy dpt info dari uztaz don danial  ^^, g ceraamah dia haritu 

ohh lupa nk bgtau , yg interview bg PIDN akan diadakan dlm kumpulan , PILN pun sama rsanya, cuma dia ada satu lagi sesi individu dan satu sesi berkumpulan . 
 
senyum kat interviewer , biar tak nmpak gugup .Jgn takut interviewers  dyrg tak makan orang, makan nasi sama mcm kita.Cuma provokasi itu sifat mereka, kalau tak provoke bukanlah namanya interview.
erk, ni ke interviewer yg makan nasi?? 


selsai semua, panjatkaan doa, berserah dan bertaawakallah pada Allah , nescaya Allah mendengar doa-doa orang yg soleh , 


semoga perkongsian ini bermanfaat, sama -sama kita berkongsi ilmu , moga ini menjadi hujjah buat kita di akhirat kelak ,InsyaAllah.. 




 

Monday, March 19, 2012

Kursus lepasan Sekolah 2012

asslamualaikum, 

dengan kesempatan masa yang ada ,alhamdulillah , sy berpeluang untuk mencoret sedikit.. 

tp entry kali ini berkenaan dengan promosi bagi adek2 lepasan sekolah , telah ditubuhkan sebuah program khusus buat adek2 lepasan sekolah yg berminat untuk meningkatkan potensi diri disamping dapat berinteraksi secara terus dangan badan-badan pengajar (facilitator) yg mempunyai berbagai kelulusan tidak kira dalam mahupun luar negara.

. dan dengan peluang yg terbuka luas ini diharap ,adek2, berminat untuk turut serta dalam program ini.

 Dijamin program ini akan  memberikan banyak manfaat buat adek2  untuk melanjutkan pengajian ke dunia pembelajaran yang ke-3 nanti ,insyaAllah .sesiapa yang berminat,atau mungkin ada sebarang pertanyaan ,boleh hubungi terus talian seperti yang tertera dalam poster.. Jz khair~

Ceramah Kecelaruan Identiti

Alhamdulillah,

Selesai sudah menghadiri ceramah /forum kecelaruan Identiti yang dianjurkan oleh persatuan PEMBINA di CTF2 UNIMAS.

 sebuah forum yg sangat berguna, sangat membantu dan mempunyai panel-panel yang HEBAT!

Dr. Rusli (ayah).."panggil saya ayah , dan anak-anak dihadapan saya ini sudah saya anggap sebagai anak sendiri".. terharu~~~~... 
ni dgn akak Zara yg comel!
 Satu cara pendekatan yang baik ^^


 *(memandangkan masa yg begitu singkat , next time sy edit balik, so sy letak dlm point form dulu)*
 antara pengisiannya:
  • :kita dlm zaman storm dan stress!
  • masa depan negara terletak pada remajanya 
  • islam itu dinamik ,tidak membebankan , tp perlu bijak menilai mana baik man buruk ,mana permata mana kaca!
Punca kekeliruan identiti:
  • hilang jati diri
  • salah hijrah____"sepatutnya buruk ke baik" ni , erk~~ "baik--> buruk! "tak patut~
  • gagal mujahadah
  • kurang motivasi ke arah program islamic
  • mals berfikir dan tiada agenda
  • dunia pendidikan yg ke-3 kekangan masa sedikit longgar.

so rasanya itu dulu, nnty ada masa , sy coret lg.. 
semogah rahmat Allah bersama kita~~

Friday, March 9, 2012

Ukhwah Fillah itu indah

 Alhamdulillah , diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman dan berkongsi sedikit pendapat..


Sahabat merupakan , teman terdekat bg kita.Satu ikatan persahabatan amatlah berharga bg yg tahu menghargainya.

Entry kali ini tidak sama skali berkaitan dgn apa yg berlaku pada diri sy,(hehe ^_~)  tapi inilah hakikat yg berlaaku pada dunia sebenar..PUTUS KAWAN!

Dalam Islam sendiri tidak pernah wujud pun istilah putus kawan!, Bagaimana, dan kenapa kita dengan begitu mudah memutuskan sebuah persahabatan sedangkan Islam ,agama kita tidak pernah ada istilah memutuskan ukhuah.

Islam menggalakkan berkenal- kenalan , mengeratkan ukhuwah, menyebarkan dakwah ,menunaikan tanggungjawaab sebagai Islam ,hablumminallah dan hablumminannas.Itu yg islam tuttut.Bukan menuntut untuk memutuskan sebuah ukhuwaah.
Saya sendiri akui  perkara sebegini memang senang bagi kita untuk bercakap selagi mana tidak terkena batang hidung sendiri! opssss!

Now , don't jump into conclusion first!.(kelua bahasa omputeh)..saya pernah mengalami sendiri konflik pershabatan dan ukhuwaah ini , dan alhamdulillah , Allah berikan satu jalan buat kami, dan kami masih dengan ukhuwah kami .Dan ingatlah Allah tidak akan memberi satu ujian itu melebihi kemampuan hambanya.Ujian yg kita hadapi , adalah tali pengukur that reflect (opss sekali lagi) sejauh mana iman kita, sejauh mana tahap kesabaran kita, sejauh mana kita ingat Allah .
Jadi jangan putus-putus, berdoa pada Allah , mintak Allah permudahkan , dan kuatkan semangat kita untuk hadapi sebarang ujian yg DIA berikan .

Sabarlah ,kerana setiap apa yg berlaku di muka bumi Allah ini pasti ada hikmahnya.Allah sediakan jalan yg terbaik untuk hidup kita, hanya padaNya lah tempat kita berserah , kerana kita mesti yakin pada qada' dan qadar Allah . 

Mungkin saya boleh kongsikan disini , tutur kata itu perlu dijaga,sangat-sangat perlu!.Sabar itu penting! Jangan bercakap ikut nafsu, jangan biar syaitan bersuka- ria kerana berjaya menghasut hamba Allah, anak adam dan ummat kepada nabi Muhammad s.a.w.Jangn sama sekali melancangkan mulut dan menyakiti hati seorang sahabat.Tidak perlu kata-kata yg tajam , cukup sekadar berbincang seperti seorang yang matang.

Ingatlah "kata-kata manusia lebih tajam dari mata pedang"

Saya pohon , jagalah ukhuah yg telah terbina, bersabar , berbincang dengan baik, Allah tak akan rhedha sekiranya kita bermusuh-musuhan, sedangkan tak bertegur melebihi tiga hari pun dh berdosa! inikan pula memutuskan ukhuah.Astaghfirullahalazim!


Saya harap , perkognsian ini mampu memberi sedikit manfaat pada kalian , dan saya akui , sy bukanlah seorang manusia yg sempurna, namun saya cuba untuk menjadi muslim yg sejati , dan di blog ini lah , saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menyampaikan dakwah,kerana saya masih lagi dalam proses tarbiah , masih banyak lagi benda yang saya perlu improve, ada lg sisi- sisi agama yg saya masih jahil .Dan moga Allah memberkati usia saya, kedua ibubapa saya, murrabiah saya, keluarga saya, shabat-sahabat saya,muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat di luar sana, agar kita dapat menmanfaatkan masa yang ada untuk beribadah kepadaNya.InsyaAllah .

Sunday, March 4, 2012

Berilah Hambamu Kemudahan Ya Allah

Penatnya rasa hari ini tak tau kenapa.Maybe sbb bnyk sbg berfikir pasal bio kot.Part evolution semua..haish .. bukan bermaksud untuk mengeluh terkadang ianya adalah suatu tindakan refleks, hehe.. tak boleh nk control ...
apa-apa pun , tanggungjawab sebagai pelajar haruslah dilaksanakan sebaik yg mungkin, tak nk la nnty parents kecewa sbab kita..
Alhamdulillah, Allah permudahkan usaha mila untuk berubah ke arah yg lebih baik , terima kasih kepada akak usrah mila yg jd perantara yg bg tarbiah pada mila n ukhti yg lain untuk terus istiqamah dlm usrah .Syukur yg teramat pada Allah s.w.t yg telah memberi hidayah pada mila.Mila amat2 bersyukur kerana mila antara org yg terpilih untuk mendapat hidayahNya.Moga dgn keizinanNya kalian juga mampu berhijrah dr yg baik ke yg lebih baik insyaAllah.
Mula-mula dulu mmg agak liat ciket nk berubah , mcm2 alasan yg mila bg, tp alhamdulillah dan doakanlah moga mila istiqamah dlm usrah dan terus menjadi muslimah sejati isyaAllah .Mohon dipermudahkan juga untuk terus menutup aurat dengan sempurna.Amin~
Rasanya itu jelah enty hari ni , ada bnyk lg tngungjawab yg perlu disiapkan .. moga Allah memberkati kalian.