Alhamdulillah , diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman dan berkongsi sedikit pendapat..
Sahabat merupakan , teman terdekat bg kita.Satu ikatan persahabatan amatlah berharga bg yg tahu menghargainya.
Entry kali ini tidak sama skali berkaitan dgn apa yg berlaku pada diri sy,(hehe ^_~) tapi inilah hakikat yg berlaaku pada dunia sebenar..PUTUS KAWAN!
Dalam Islam sendiri tidak pernah wujud pun istilah putus kawan!, Bagaimana, dan kenapa kita dengan begitu mudah memutuskan sebuah persahabatan sedangkan Islam ,agama kita tidak pernah ada istilah memutuskan ukhuah.
Islam menggalakkan berkenal- kenalan , mengeratkan ukhuwah, menyebarkan dakwah ,menunaikan tanggungjawaab sebagai Islam ,hablumminallah dan hablumminannas.Itu yg islam tuttut.Bukan menuntut untuk memutuskan sebuah ukhuwaah.
Saya sendiri akui perkara sebegini memang senang bagi kita untuk bercakap selagi mana tidak terkena batang hidung sendiri! opssss!
Jadi jangan putus-putus, berdoa pada Allah , mintak Allah permudahkan , dan kuatkan semangat kita untuk hadapi sebarang ujian yg DIA berikan .
Sabarlah ,kerana setiap apa yg berlaku di muka bumi Allah ini pasti ada hikmahnya.Allah sediakan jalan yg terbaik untuk hidup kita, hanya padaNya lah tempat kita berserah , kerana kita mesti yakin pada qada' dan qadar Allah .
Mungkin saya boleh kongsikan disini , tutur kata itu perlu dijaga,sangat-sangat perlu!.Sabar itu penting! Jangan bercakap ikut nafsu, jangan biar syaitan bersuka- ria kerana berjaya menghasut hamba Allah, anak adam dan ummat kepada nabi Muhammad s.a.w.Jangn sama sekali melancangkan mulut dan menyakiti hati seorang sahabat.Tidak perlu kata-kata yg tajam , cukup sekadar berbincang seperti seorang yang matang.
Ingatlah "kata-kata manusia lebih tajam dari mata pedang"
Saya pohon , jagalah ukhuah yg telah terbina, bersabar , berbincang dengan baik, Allah tak akan rhedha sekiranya kita bermusuh-musuhan, sedangkan tak bertegur melebihi tiga hari pun dh berdosa! inikan pula memutuskan ukhuah.Astaghfirullahalazim!
Saya harap , perkognsian ini mampu memberi sedikit manfaat pada kalian , dan saya akui , sy bukanlah seorang manusia yg sempurna, namun saya cuba untuk menjadi muslim yg sejati , dan di blog ini lah , saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menyampaikan dakwah,kerana saya masih lagi dalam proses tarbiah , masih banyak lagi benda yang saya perlu improve, ada lg sisi- sisi agama yg saya masih jahil .Dan moga Allah memberkati usia saya, kedua ibubapa saya, murrabiah saya, keluarga saya, shabat-sahabat saya,muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat di luar sana, agar kita dapat menmanfaatkan masa yang ada untuk beribadah kepadaNya.InsyaAllah .
No comments:
Post a Comment