Tatkala otak ligat berfikir ,
tangan gatal menaip , muncullah satu idea baru dr tuan empunya diri,
Perihal ilmu dan pelajar, ilmu
umpama hujan yg turun jatuh bercucuran dr langit, terpulang pada empunya diri
untuk membuat tadahan ,
Jika tadahan tadahan telah dibuat
, maka berolehlah keuntungan mendapat air hujan yg sejuk , jika tidak membuat
sebarang tadahan maka rugilah tuan empunya diri , maka untungnya hanya bumi dan
tumbuh- tumbuhan yg hidup subur dek air hujan ,
Tetapi , akan ada masanya tuan
empunya diri bersedia untuk menadah hujan , akan tetapi balang tadahan air,
BOCOR!, maka akan rugilah tuan empunya diri .. sekali lagi . ..
Begitulah kehidupan seorang pelajar dlm
menuntut ilmu, sekiranya ilmu itu mencurah2 dr guru , tp pelajar hanya ambik
sikap endah tak endah , maka tak kan kemana perginya ilmu tersebut, hanya
untung buat mereka2 yg sudi sahaja
Tetapi tatkala pelajaar itu
mempunyai semaggt yg berkobar2 untuk belajar, maka jgnlah leka dgn dunia, “kebocoran”
yg berlaku disebabkan dosa yg pelajar lakukan pada guru , ibu bapa mahupun
teman ..
No comments:
Post a Comment